Salam dan hai..
tadi pagi masa dalam perjalanan ke office, dengar di radio pasal pemberian bonus raya diluluskan.. alhamdulillah, makbol doa-doa penjawat awam di Malaysia. termasuk Momi Munge, Encik Babah dan Dania.. eh? :)
ni dia, bukti pemberian bonus tu.. insyaAllah 9 Ogos dapat la, maceh PM :)
seperti tahun-tahun sebelumnya, pemberian bonus adalah setengah bulan gaji atau sekurang-kurangnya rm500 tiap sorang.. bleh la kami lakibinik dan anak beranak berjimba-jimbaan raya nanti, thihihi.. dulu, masa mula-mula masuk government dapat setengah bulan bonus rasa macam nak nangis noks! siap bandingkan ngan bonus yang dapat di tempat lama (badan berkanun), di sinun bonus sampai 3 - 4 bulan gaji.. memang banyak beza kan??? bonus pertama aku perabiskan beli gelang mas, peti ais ngan mesin basuh auto sekaligus.. shopping gila-gila aku!
memula masuk government, memang rasa tak bersyukur dapat setengah bulan bonus.. siap menyesal lagi berenti keja dari tempat lama. dasarkan aku? huhuhuhuhu.. sila jangan ikut perangai ni okeh! (T___T)
tapi bila dah masuk tahun ke lima berkhidmat ngan government, baru la sedar perbezaan kerja government bukan government.. lebih di sana, kurang di sini.. ada yang lebih di sini, kurang di sana pula. yang penting dalam berkhidmat ni mesti ikhlas. niatkan hati untuk beribadat, sebab bekerja itu adalah ibadat.. kendian baru la gaji bukan dijadikan faktor UTAMA untuk bekerja. insyaAllah lagi 29 tahun baru rasa nikmatnya. sebenarnya sekarang ni pun dah rasa nikmatnya, cuma antara kita nak bersyukur atau sebaliknya :) dan... hamek ko, umur 58 taun Momi Munge masih bkerja.. bertongkat la aku weh.. hehehe.. POSITIF MOMI MUNGE! SILA POSITIF! jadi, untuk rakan-rakan yang bekerja di sektor kerajaan, marilah sama-sama jaga kesihatan supaya bleh berkhidmat dalam keadaan yang sihat dan sejahtera.. ceh, ayat tak hengat! :)
dan tetiba aku berfikir, napa aku berenti keja dari tempat keja lama eh??? gaji besar, idup pulak di kota raya kulompo pusat shopping dan karaoke masa zaman gonjeng dulu, bonus meletop, colleagues yang sekepala, disayangi lelaki-lelaki ensom, bos pun besh..
tadi aku ada mentioned kan, gaji bukan faktor UTAMA untuk bekerja. jadi apakah faktor utamanya?
jawapannya adalah..
..
..
..
..
..
..
..
..
CINTA!
malu nak mengaku, tapi itulah hakikatnya.. sanggup ku tinggalkan tempat keja lama yang bagiku SORGA demi si dia ini..
..
..
..
..
..
..
..
..
ailebiuuuu Encik Babah :)
tak perlu ku tayangkan apa kebaikan dan kespecialan Encik Babah, cukup sekadar kita sedar tiada apa yang sempurna selain Dia.. kang aku senaraikan kebestestan jadi bini dia nih, ko kata aku takbur plak kan?? T___T
tepek lagi gambo kami lakibinik.. thihihi..
yaaa.. dari cerita bonus, lari ke cerita cinta, cerita lakibinik.. Momi Munge ke laut lagikkkk.. v(-_-)"
hahahahahaha..
okeh la, jum sambung keja :) kbai..