Monday, August 25, 2014

apa yang isteri-isteri akan rasa?


Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan.  Mereka pun bertukar BB PIN.

Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki:

Gadis: Awak hebat ya.  Punya syarikat sendiri, berjaya pulak tu
Lelaki: Terima kasih

Esoknya si gadis call sekadar say "Hello".

Gadis: Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki: Bila-bila je boleh

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan telefon, sesekali juga temujanji ingin mkn bersama.

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka.  Sampai suatu hari, si gadis BBM:

"Sebenarnya aku mencintaimu, aku tau kamu sudah berkeluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu"

Dengan berat hati lelaki itu membalas:

"Dik, aku mengerti dan paham maksudmu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak, bergaya dan berjaya?  Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.

Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.

Kalau kamu menyukai aku, erti nya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.

Tahukah kamu bahwa aku memulai ini dari 0 dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.

Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini.  Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu..."


BOOMMMM!  Memang terbaik jawapan si suami..

Ngehehehe..  Tetiba emosi ken?  Daku terbaca artikel di fb membe, tetiba meruap-ruap rasa marah..  Betapa mudahnya si betina tu "memetik hasil" yang disemai oleh seorang isteri yang setia dan mengasihi suaminya sepenuh jiwa..  Seorang isteri yang sanggup membelakangkan kehendaknya demi mensejahterakan sang suami..  Memang benar suami boleh berkahwin empat, bukan ku menolak sesuatu yang telah dihalalkan dalam Islam.  Namun, kalau setakat si wanita tu ingin hidup mewah umpama meneguk madu di laman yang telah dibaja aku cuma mampu mengatakan "ITS NOT FAIR!"..  Huhuhuhuh..  Teremosi pulak ai :p

Wahai suami-suami, sekiranya berhasrat untuk menambah qoata sedia ada, kenanglah isteri mu disaat susah dan senang mu..

Sekian..

Catatan:
Entry ni tiada kaitan dengan aiolss dan mr babah ye..  Sekian harap maklom..
kbaiiiii~

Wednesday, August 6, 2014

sedondon

Assalamualaikum..  Salam Syawal Ke 10 **eh, betul ka?**  -daku memanjang x ingat tarikh.. sighhh..

Alhamdulillah, arini up story lagik..  Rajin le pulok kan?  Hihihi..  Sajaaa, menajamkan writing skill **lah sangatttt** yang suda keras nih..

Tahun ni, berjaya juga daku menyendondonkan **ngamuk org Dewan Bahasa nengok ejaan aku nih**  baju raya di2-2 family daku & mr lokong..

Cun jugak kan sedondon?  Nampak sehati dan sejiwa nya..  hihihi..  

Crita-crita apa barang kan?  Nah, ku tepek gamba2 raya weolss..



Yang ni raya pertama..  Kejadian adalah selepas semayang raya :)  Auchhh..  Buntal Gabannya akuuuu~



Yang ni plak masa beraya rumah family Mr Lokong..  Aduyai, canteknya banglo!  Layout pun modern style..  Jeles!

Kitorg raya di Labuan dlu, ikut turn gitu..  So, since adik ipar 3 taun beraya di UK sebelum ni, then taun ni kitorg raya sakan la di Labuan lama sikit kan?  Buat ilangkan rindu 3 beradik tu.. xpa, ai is memahami..  Ohya, raya kedua tiada gambar..  Sekian T___T

Masuk raya ke 3, Mr Lokong kena masuk ofis dlu..  Pastu baru antar weolls 2 beranak ke Menumbok..  Dalam jam 10 pagi gak la baru smpai kg, kebetulan di kg buat kenduri, jadi xbleh datang lambat la..  **macam datuk dan datin uuuu, kedatangan ditunggu..hihihi**

Untuk raya ke 3 pun tiada gambar jugak..  Baru tersedar, daku mmg x suka amek gambar.. Tskkkk..

Raya ke 4 (Jumaat), weolss sedondon amek gambar photoshoot..  di studio lak tu.. bhahahaha..  tradisi sapa la nih?  hiksss..  so, tepeks la gambar lagik..



Gambar ni cun, tapi rejekkk!  Sebab silau spek Mr Lokong & Mrs Mama..  huhuhuhu..  Ingat senang photoshoot klu teda bakat?


Hahhh..  Yang ni senonoh sket la, sebab suma bukak spek!  Bhahahaha..  Buliiih la, Encik Apek Photographer suda busan mensnap gambar kitorg yang ntah brapa kali snap tu..  Hihihihi..

Disebabkan ketamakkan, amek gambar lain lagik..  Yang ni anak beranokk..


Kami 4 beradik, yang tinggal cuma 3..  Yang duduk tu, opkos la bonda tercintaaa..  Nmpak cam adik beradik jek kan?  hihihihi..  **Al-Fatihah untuk arwah Muhammad Hidayat Omar**

Salah posing lu pulak la aku kan?  Nampak kemajuan perut ku!  Matai laaa, hahahahaha..


Hahhh..  Ini antara yang paling parah..  Bebudak suda ketandusan idea mo posing mcmana.. hahahahaha..  Dania pun kemahen susah aku mengacah2 suh senyum sebelah pak photographer tu..  sighhh..

Dan ini antara shoot tercantik & allololoooo..  sweet!  Freestyle kenennn


Suhhwet kan?  Agagagaga..  Tapi sebenarnya, bukan cantik digambar yang penting..  Tapi keseronokan semasa sesi amek gambar ni yang buatkan aku rasa rindu untuk ulang saat tu..

So, far itu saja la 4 gambar terbaek yang mampu dirakam dari lensa mr photographer..  Yang gambar rusak tu, ehemmm..  kusimpan sendiri saja la..  hihihi..

4-4 nih aku cucik gambar, suda selamat bergantung di rumah bonda..  eheeee..  


Hamekk ko, dinding kaler kuning pastu frame kaler emas..  Bhahahaha..  Antam saja la labu.. Abaikan kepala Dania yang sibuk mengenterpremee tu..  Hihihi

Okelahh, sekian laporan hari ni..

Salam Syawal, Maaf Zahir & Batin..

kbai~

Tuesday, August 5, 2014

Never Say "Why Always Me?"

Salam Syawal..  Hari ni (5 Ogos) baru masuk ofis, gila panjang cuti..  Bhahahaha, siap bos sindir lagik "ingatkan hari ni sambung cuti lagi"..  Lala lalala~  Janji ai punya borang cuti suda lulus..  Komen-komen lain, masuk kanan, keluar kiri..

So, hari ni menyelesaikan "hutang-hutang lama" yang menghantui sepanjang bercuti..  Cuti-cuti pun memikirkan keja beb, siap buat check list lagik mana priority, mana tambahan, mana nasik tambah, mana kuah tumpah bagai..  Masuk jak ofis trus mengadap check list, x sempat pun online nengok-nengok jualan tudung di fb, riki2 tudung second hand fareeda.. OPSSS, like status orang, skodeng fb si polan dan sipolan **cess, cam ada masa lak ko skodeng org win** fokus & tertib ngko ngadap keja + kertas + pc smpai ke petang..  Siap la sikit2, orang cam daku never have a rest..  

Since "hutang-hutang berkurun" suda selesai, jadik daku menyelesaikan hutang baru - update SKT mr big bos di HRMIS..  Sebelum cuti ritu suda siapkan part Pelaburan, petang ni tambah part Sosio Ekonomi plus ada la pulak hazabedahhh pindaan dalam part Pelaburan tu..  10 kali bincang, 10 kali pindaan..  Bila keja daku mau selesai daaa?  

Ngah siok-siok tenggelam dalam kesibukan, menyelesaikan keja-keja setinggi gunung kinabalu tuuu, tetiba ofis kembali panas **penah kah ofis sejuk?? bhahahaha**..  Aku cuma mampu "...krikk..krikkk"  Kecik hati? Memang tiada dalam kamus hidup suda..  Hati sudah mati tuk terima apa-apa perasaan di opis bak neraka buatan ni..  No point untuk kecik hati, buat sakit kanser jak..

Adalah seseorang yang memuji, "Tahannya ko win, aku yang dengar pun panas ati"..  Ni rahsianya..


Siapalah aku untuk mempersoalkan "Kenapa aku?"  Bersabarlah, sebab sabar itu indah.. Sebelum ni pernah berjumpa dengan pegawai kaunseling di JPSM.  banyak la nasihat-nasihat, pembakar semangat, dan bla bla bla tapi yang ini paling power & mendalam..  Menikam dikalboo..



InsyaAllah, sabar ku bercampur baur dengan pasrah.  SABAR + PASRAH = SABRAH! BHAHAHHA..  *sedapkan ati sendiri**

Kuabaikan segala-galanya untuk ketenangan abadi.  Setakat kata-kata kutukan, sindiran, hinaan, cercaan, nasik tambah yang sampai terburai nasik dari periuk, tertumpah kuah meleleh smpai bawah meja dan bla bla bla walau pun untuk pertama kalinya berhadapan dengan situasi ni, alhamdulillah setakat ni masih mampu mengabaikannya..

Sebelum ni, bekerja dengan pelbagai gred jawatan, laywer, pendakwaraya, orang-orang kenamaan dan bla bla bla semuanya smooth, semua oke.  Seronok lagik aku..  Syukur, berpeluang jugak bekerja dengan dorang..  Rindunya ngan dorang.  Cuma pengalaman kali ni saja yang macam xdfkjattadaf..  Hahahaha..  No komen!  Aku x akan bersedih, biar pun ko katakan aku sombong!

Adalah aku cerita ngan Puan Dayang Salmah **sepupu my mama, patut panggil macik, tapi suda biasa panggil kakak..  muda masih kenn?**  macamana situasi kerja di SSM dulu.  Selamba jak Kak Dayang cakap, "Tengok dorang gred apa?  Tahap pelajaran dorang macamana?  Cuba banding dengan di JPSE, jauh beza..  attitude pun beza jugak".  Kak Dayang Salmah siap sedapkan hatiku dengan "Win, dalam hidup ni perlunya pelajaran.. Dengan pelajaran tu la menentukan tahap pemikiran kita, perangai kita dan bla bla bla"..  bla bla bla tu panjang, aku pun lupa suda.

Maaf cakap, beliau lebih senior dan berpangkat, tapi aku ada pandangan berbeza..  Pemikiran kita x bergantung dengan tahap pendidikan..  Tapi semua tu dari hati kita sendiri, dari didikan, dari pendamping-pendamping kita.  Ada yang berpendidikan pun lebih, kurang adapnya, buruk attitudenya..  

Bos aku pulak lagi senang, "just ignore them, u are strong..  fikirkan u siapa, mereka siapa" Thanks bos! Yup, bos memahami situasi ni..  Ya la, masa jiwa kacau **hiduphinasebabkenatunjukjariolehorangyanghebat** aku mohon cuti 2 minggu.  Tapi bos call mintak cakap jangan lari dari situasi.  Selesaikan saja masalah..  Sejak tu, kalau ada something wrong bos selalu tanya "are u oke?  dorang ada buat hal?"   Hishhh, kalau ikutkan perasaan balas dendam, banyak rahsia-rahsia terbongkar..   Tapi kekadang tu, dia pegi risik dari staff lain..  Ohooo, pasang spy arrr..

Eh jap, rahsia?  Alaaa, rahsia pasal mekap tebal, baju ketat, staff icu tuntut bil handphone walaupun pakai telefon office, rahsia pasal si L yang mulut jahat, rahsia pasal berpeluk sakan dalam kereta, rahsia pasal si miang, rahsia pasal si Tet stay overnight di hotel dengan si Tet.. rahsia pasal si TETT selalu mark up harga bla bla bla..  Opsss, terbagi hints pulak.. Bhahahaha, banyakkk rahsia kan?  Masih disimpan tu..  Adakah ianya akan kekal rahsia? Jeng Jeng Jeng..  **ketawa jahat**

Tunggu saja lah permohonan tukar jabatan diluluskan, ya Allah permudahkanlah urusanku. Sekiranya perlu, memang aku akan menghadap Tuan Amir & Dato KPE terus.  Selesai masalah.  Sok lusa call JPSM la, tanya pendapat dorang.  Yang pasti, pindah lebih baik.  Tapi, sebelum pindah memang banyak hal perlu disetelkan.  Bersihkan nama biarpun akan ada yang namanya terpalit sama..  Gara-gara termakan hasutan, gara-gara terpedaya dengan rungutan si polan-polan, aku pulak yang nampak jahat..  xpa la, ada yang lebih mengetahui..  

Cakap pasal transfer, mmmm..  memang masalah!  Bos x sokong dan x akan sokong, siap cakap ngan aku "Kalau u mintak transfer, u cari inisiatif sendiri..  Pegi jumpa Dato' KPE".. Cess, ingat aku takut la tu..  Lagi senang bercakap ngan KPE dari cakap ngan TUTTTT.. **berapa banyak TUTT TETTT daaa?**

Bos pun kekadang, batu api jugak..  Kekadang sengaja kutuk si TETT, si TUTTT, si TATTT **bahahahaha** depan aku, tanya pendapat aku..  Aku senang jak, "i dun trust u anymore".. dan selalunya aku cakap "saya ikut rentak dorang, mustahil untuk dorang ikut rentak saya sebab saya seorang..  dorang ramai dan kuat..  ikut logik, sapa kuat dialah yang kita ikut"  dan bos hanya mampu mendengus melihat kepengecutananku..  Kecut?  Ikutlah tafsiran sendiri.. Bila sudah tiada hati, macam tu la jadinya..

Wassalam..

Note:
-since bos suda bagi hints jumpa KPE, so apa salahnya kan?  lepas tu, kalau terbongkar yang tet tut tatt tu rezeki si dia la.. 
-bila orang cakap kita jahat, biar jahat betul
-tapi yang kena tuduh jahat ni lak salu nangis kan?  bhuhuhu..
-kbai