Friday, January 18, 2013

terasa hati kah?

As Salam..  lama bebeno daku tak melepak ke sini, siap bersawang spider lagik..  hua hua hua..  lupa password?  yeppp..  *mang itu jek la alasan aku kan?*  hahaha..  tapi, memang tiap kali nak buat post, tiap kali nak login, aku akan try 2, 3, 4 password dan email..  tu la, gatal bebeno bukak banyak-banyak email account..



Tiap kali rasa ada masalah, tiap kali tu baru terasa nak share diblog..  motif?  bleh la melepaskan segala kemarahan+ketidakpuasan hati..  her her her..  kuar tanduk soitan..  :)  tapi, bagus jugak buat begitu, tapi bukan untuk mengapi-apikan manusia, lebih kepada motivasi diri.  pastu baru pikir positif *padahal dah lunyai manusia tu ko bantai lam blog*  her her her..

Critanya cenggini, ari selasa lepas kitorang buat mesyuarat jabatan..  abis suma ceramah motivasi dititipkan oleh big bos, tibalah sesi round table..  sorang-soranglah kuarkan kata-kata hikmah sempena tahun baru.  maap cakap la, bagi aku kata-kata hanya tinggal kata-kata.  apatah lagi kalau kata-kata itu dikeluarkan setakat *melepaskan batuk di tangga*  kohh koh kohhh - kasik bunyik cam batuk kering yer..  her her her..

So, tibalah turn aku plak..  mang aku tamao lepas peluang la, siap ucap terima kasih sebab diberi peluang untuk berkata-kata..  kononnya inilah masa yang ditunggu-tunggu..  :)  

Memandangkan SSM masih di hatiku, maka daku pun cerita macamana environment di tempat keja lama..  siap mention betapa daku sangat suka datang opis, sabtu ahad pun lepak opis..  thihihi..  *ini bukan bohong okeh, ini cerita bener dong*..

Dengan ayat sopan dan sehabis-habis sopan untuk menjaga hati kengkawan, daku ucapkan "dengan segala kemanjaan dan keflexibilyan yang kita nikmati, pastikan la kita memberi perkhidmatan yang terbaik.  ingatlah, apa-apa yang kita lakukan mencermin organisasi kita"..  bos angguk tanda setuju..  yang lain?

Hmmmm..  itulah mulanya, ada pulak yang terasa hati..  gitu la..

Meh imbas semula, salu di opis nih kalao mengutuk si Ular *seperti yang ku ceritakan lam entri sebelum nih*, mang suma la dok kata dia nih tak bagus, dia nih keja cincai dan bla bla bla bla bla bla bla bla..  haaahhhh..  panjang dak bla bla tu?  sebab memang si Ular tersebut mangsa umpatan dari belakang!  tettt di situ!

Tapi la kan, maap cakap la *awal-awal mintak maap*, yang ngutuk tu pun dua kali lima..  ishhh, kekadang aku rasa macam *aih, macam ngutuk diri sendiri..  sedar ke tak sedar apa yang dia cakap nih?*

Sedih pun ada jugak dengan mentaliti sesetengah dari dorang nih.  Especially kalo melibatkan ponteng keja.  dok la mengutuk tak puas ati kat si Ular, padahal perangai dua kali lima!  klu bab si Ular, suma menda nampak salah..  sian jugak kan? *aiseh, cam mulia sangat bunyiknya aku nih..  ahaks*

Okeh, kembali kepada si *terasa hati* itu..  selepas kejadian perkongsian cerita daku time meeting tu, dia hambar giler ngan aku..  siap sindir perot boroi aku lagik..  aku tak kesah la, sekurang-kurangnya aku dah melahirkan seorang manusia ke dunia nih..  cuma aku terasa macam nak jerit cenggini:

KO JANGAN HENGAT KO DARI JABATAN TET, KO BERKUASA SEOLAH-OLEH INI JABATAN LAKI KO YANG PUNYA DOGO!  


grrrrrrrrrrrr..  geram okeh!  rasa macam nak tambah lagi, ko tu buat keja pun tak betol, cincai..  jadi jangan nak berlagak la bahalollllllll..  

fuh lega!

*katanya lepas melepaskan kemarahan + ketidakpuasan hati leh la memotivasikan diri..  jadik, apakah kemotivasian yang aku dapat?* 

sesungguhnya yang baik itu datangnya dari diri sendiri, jangan terjangkit penyakit haprak tu sudey..

tamat satu cerita..  thihihi..

baiii..