Monday, August 25, 2014

apa yang isteri-isteri akan rasa?


Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan.  Mereka pun bertukar BB PIN.

Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki:

Gadis: Awak hebat ya.  Punya syarikat sendiri, berjaya pulak tu
Lelaki: Terima kasih

Esoknya si gadis call sekadar say "Hello".

Gadis: Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki: Bila-bila je boleh

Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan telefon, sesekali juga temujanji ingin mkn bersama.

Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka.  Sampai suatu hari, si gadis BBM:

"Sebenarnya aku mencintaimu, aku tau kamu sudah berkeluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu"

Dengan berat hati lelaki itu membalas:

"Dik, aku mengerti dan paham maksudmu... tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.

Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak, bergaya dan berjaya?  Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.

Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.

Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.

Kalau kamu menyukai aku, erti nya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.

Tahukah kamu bahwa aku memulai ini dari 0 dan isteriku yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.

Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini.  Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.

Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu..."


BOOMMMM!  Memang terbaik jawapan si suami..

Ngehehehe..  Tetiba emosi ken?  Daku terbaca artikel di fb membe, tetiba meruap-ruap rasa marah..  Betapa mudahnya si betina tu "memetik hasil" yang disemai oleh seorang isteri yang setia dan mengasihi suaminya sepenuh jiwa..  Seorang isteri yang sanggup membelakangkan kehendaknya demi mensejahterakan sang suami..  Memang benar suami boleh berkahwin empat, bukan ku menolak sesuatu yang telah dihalalkan dalam Islam.  Namun, kalau setakat si wanita tu ingin hidup mewah umpama meneguk madu di laman yang telah dibaja aku cuma mampu mengatakan "ITS NOT FAIR!"..  Huhuhuhuh..  Teremosi pulak ai :p

Wahai suami-suami, sekiranya berhasrat untuk menambah qoata sedia ada, kenanglah isteri mu disaat susah dan senang mu..

Sekian..

Catatan:
Entry ni tiada kaitan dengan aiolss dan mr babah ye..  Sekian harap maklom..
kbaiiiii~

No comments:

Post a Comment